SARKIS
Tuesday, December 10, 2013
Hentikan cuti belajar bergaji penuh serta HLP bagi kakitangan awam bukan akademik
Polemik cuti belajar bergaji penuh dalam sektor awam tanpa melihat kepentingan secara holistik bagi penyampaian perkhidmatan bukan akademik dilihat tidak membantu dengan pendedahan pembayaran berjumlah RM7.2 bilion kepada konsultan.
Ini memperlihatkan kecenderungan parti pemerintah yang digambarkan sebagai tidak mempercayai kakitangan awam bukan akademik untuk memberi sumbangan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Pemberian cuti belajar bergaji penuh kepada kakitangan awam bukan akademik juga dilihat sebagai pembaziran dan tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat Malaysia.
Ianya patut dihentikan kerana tiada kajian yang komperehensif dibuat bagi mengenalpasti kejayaan pemberian cuti bergaji penuh ini kepada kakitangan awam bukan akademik. Tiada data atau fakta yang dibentangkan kepada rakyat, siapakah penerima terbanyak keistimewaan cuti belajar bergaji penuh beserta hadiah latihan persekutuan di kalangan penjawat awam bukan akademik. Adakah pemberian ini berserta justifikasi yang kukuh pada nilai penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terbanyak?
Pemberian cuti belajar bergaji penuh ini juga, rata-rata dilihat sebagai jalan mudah untuk lari daripada beban kerja, tempat kerja yang bermasalah dan juga mengelakkan diri dari dipindahkan ke tempat kerja yang tidak disukai oleh penjawat awam bukan akademik. Secara purata, penerima Sarjana dan PHD ini melaksanakan tugas-tugas yang sama dibuat oleh rakan pemegang Ijazah Sarjana Muda. Senario ini berbeza dengan penjawat awam akademik yang memerlukan Sarjana dan PHD bagi meningkatkan ilmu untuk disampaikan kepada para pelajar.
Hadiah Latihan Persekutuan juga patut dihentikan pemberiannya kepada penerima cuti belajar bergaji penuh penjawat awam bukan akademik. Peluang patut diberikan lebih kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang tidak berkemampuan dari segi wang ringgit. Bayangkan berapa ramai pelajar yang dapat diberikan biasiswa jika kerajaan menghentikan cuti belajar bergaji penuh berserta hadiah latihan persekutuan kepada kakitangan awam bukan akademik.
Kakitangan awam bukan akademik harus sedar dan insaf tujuan utama menyertai perkhidmatan awam adalah untuk berjasa kepada negara dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Sekiranya mereka merasakan perlu untuk meningkatkan diri dengan sijil Sarjana atau PHD, silakan guna masa dan wang sendiri tanpa perlu membebankan kerajaan.
Ada kalangan penerima cuti belajar bergaji penuh dan HLP ini yang keluar dari perkhidmatan awam untuk bekerja di sektor swasta kerana motif keuntungan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan kepada negara selepas tamat pengajian mereka.
Oleh itu, diharap kerajaan dapat melihat kembali dasar pemberian cuti belajar bergaji penuh dan HLP ini dihadkan kepada penjawat awam akademik sahaja agar penjawat awam bukan akademik dapat fokus kepada memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Wednesday, July 24, 2013
PAS biggest mistake in Kuala Besut!
Why it must choose Che Long, a contractor with SPM certificates to be the candidate.
With the massive performance of Terengganu SPM, PMR and UPSR every year, doesn't that tell PAS the local wanted an educated leader and not a pious contractor on their side.
Pity the machinery, they even shut the candidate mouth to comment onto issues.
I say they are acting like UMNO goons now, reluctant to take the profesionals on their side.
Please, be very wary of this symptom.
Please do hear the voice of the peoples and not only your grass root members.

Friday, April 19, 2013
Calon Be End Parlimen Masjid Tanah dah settle ke duit dah tersalah pakai RM200ribu SDO Melaka?
Ahli parlimen skang ni nak nak senyap je ke...da settle ke pasal duit peruntukan parlimen rm200k yang calon caras 'datuk wira' tu pakai sewenang-wenangnya untuk memfofular kan dirinya!
Adakah waras seorang loyer tidak bertindak ingin tahu siapa penyumbang duit itu atas alasan 'saya dah biasa terima sumbangan anonymous' sedangkan bank yang mengkreditkan adalah bank yang sama iaitu EON Bank? How stupid is that?Competence ke loyer macam ni?
Apakah atas dasar ahli putri ameno "matlamat menghalalkan cara" atas orang yang tidak ada integriti ini? Mana perginya prinsip 'check and balance' datuk wira dah pergi sebagai lawyer otai?
Kawasan parlimen masjid tanah memerlukan orang yang berintegriti macam datuk wira....bukannya loyer buruk picisan tiada integriti?

Wednesday, March 27, 2013
apa tujuan pekeliling perkhidmatan jpa bilangan 3 tahun 2013 dirahsiakan dari penjawat awam? siapa@golongan mana yang dapat untung dengan pengeluaran pekeliling tersebut? kenapa jpa berahsia sangat? tolong siarkan pekeliling tersebut untuk tatapan ramai!
Siapa yang untung?
Semua penjawat awam?
Golongan turus dan jusa sahaja?
Doktor sahaja?
PTD sahaja?
Atau siapa sebenarnya?
Sunday, March 24, 2013
sudah cukup sudah ..... takde ke yg nak buat video di youtube untuk rakyat tengok
pilihannraya dah nak dekat nie
kalau ada la penyokong PR yang boleh buat video clip guna lagu Nirwana Band ni mesti gempaq punya kan
hehehe....macam yang ni
kalau ada la penyokong PR yang boleh buat video clip guna lagu Nirwana Band ni mesti gempaq punya kan
hehehe....macam yang ni
Monday, March 11, 2013
Waris Korban Malaysia Telah Uruskan Jenazah Dengan Sempurna, Waris Pengganas Juga Patut Boleh Tuntut Mayat Untuk Dikebumi Dengan Sempurna
Takziah kepada anggota keselamatan kita yang telah terkorban dalam krisis keselamatan di Lahad Datu.
Kepada pasukan keselamatan yang masih bertugas, doa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka sentiasa dipanjatkan kepada Allah S.W.T.
Korban krisis di pihak Malaysia telah pun selamat dikebumikan oleh waris masing-masing dengan sempurnanya.
Manakala, korban di pihak pengganas masih lagi belum dilaksanakan.
Adakah tiada tuntutan daripada waris-waris pengganas yang telah mati ini?
Adakah tiada inisiatif dari pihak Filipina untuk membawa pulang mayat-mayat rakyat mereka untuk dikebumikan oleh waris masing-masing!
Sewajarnya nama-nama pengganas yang telah mati ini disenaraikan oleh 'pihak berwajib' seperti yang selalu dipaparkan di media cetak sebelum ini(terutamanya dalam kes Sauk dan Baling) supaya mudah keluarga mereka membuat tuntutan mayat-mayat tersebut untuk dikebumikan.
Janganlah dijadikan nasib mayat tersebut seperti nasib arwah Osama Bin Ladin, dibuang di tengah laut tanpa perkuburan(difahamkan pengganas yang tersesat di Sabah ini adalah beragama Islam).
Moga semua yang terkorban dikebumikan dengan sewajarnya oleh keluarga masing-masing.
Wallahualam.

Labels:
Ada IC Ke?,
Kerakyatan Mudah Untuk Undi,
Pengundi Hantu,
Sulu
Thursday, February 14, 2013
bnm too lazy to update statement?
I've checked the website for the current status of the bnm statement of asset & liabilities but it was updated only until 15 june 2012.
Are they too busy hiding the facts and the only thing they good at are making press conference by announcing our reserves stand at rm 428.6billion without the statement!
Something 'fishy', Rafizi!
Dig out!
New updates
Bnm have provided the links of latest data. Sorrry!
Subscribe to:
Posts (Atom)