SARKIS

Friday, April 6, 2012

dalam Daim kata Melaka selamat, daddykasi berleluasa..erk

Pknm dah terserlah dgn exco kannan, declare conflict of interest dalam masa yg sama secara tersirat mendesak jk perolehan bg jugak kat anak dia(supaya jgn reject anak dia, dia keka dalam bilik meeting tu)

sorang pengerusi tabung plak, walaupun jadi penjawat awam sementara masih lagi jalankan kelas f nya di sekitar melaka dan menyusahkan sub kontraktor nya dgn harga x munasabah..yg penting rm30 ribu mesti masuk dulu, ko boleh buat ke tidak projek kat zoo melaka tu belakang citer

Yg adun peluk gro dan teguk liquor
@arak kat dangdut mlk raya pun satu hal

projek gajah putih melambak kat melaka sampai ada pegawai kerajaan nak tipu kementerian bercucuk tanam nak dapat duit untuk negeri pasal state coffers are confiarmly empty

yg kementerian pelencongan salur duit kat pknm, mphtj dan bbrp pbt yg lain sebyk rm40juta pada tahun 2011 september, masih lagi x berbelanja dan x tau apa status projek yg dicanangkan dan ksahihan legaliti transfer duit dan bukannya peruntikan melalui jabatan federal di negeri

masih selamat ke lagi mlk di tgn perompak@lanun ni

TOLONGLAH...jgn biar corrupted moron perintah mlk

ps . . Mmg sengaja typo k

Wednesday, April 4, 2012

pknm....tersangat lah ketelusan....sampai dapat kat anak

baru-baru ni pknm ada buat satu mesyuarat perolehan yang dianggotai korum oleh seorang exco kannan negeri antah berantah

dalam meeting tu dengan tak semena-mena, exco berkenaan pun buat declare dia ada conflict of interest dengan satu syarikat yang dipertimbangkan untuk dapat projek sebagai syarikat anak dia macam declare adun kuala nerang declare dirinya muflis

pastu dia pun suruh la ahli meeting ni teruskan mesyuarat tanpa dia.....tuptuptup meeting tu tergendala siaran sebentar pasal orang yang dok cakap boleh teruskan tu MASIH LAGI ADA DALAM BILIK TU lepas dia declare cinta dia

dandan pastu....ANAK DIA BERJAYA DAPAT PROJEK PEMBERSIHAN TU.....punyalah telus daddykasi nya pknm dalam penganugerahan projek....SALLLEH bukit bayan tu tunggul ke dalam mesyuarat tu....profesional sungguh ex-banker ni

TOLONGLAHHHHH......lawak la ko punya telus ni, aku dah tak larat nak gelak

Monday, April 2, 2012

hasan akidah buat lawak april fool dengan video viral

kalau setakat video yang dirakam dengan pelakon anonymous.....aku rasa dah berlambak kat youtube ni

jangan lah disebabkan video hasan akidah ni, kita semua terkelentong yang usaha untuk usha akidah umat Islam ni bertukar kepada Nasrani terlalu rapuh

apa yang perlu dibuktikan oleh hasan akidah adalah muka sebenar orang yang murtad(tapi telah diIslamkan kembali olehnya), senarai sebenar yang telah murtad, pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara untuk senarai murtad itu dan video sebenar usaha Kristianisasi dan bukannya PENGAKUAN VIRAL yang sangat liar dan tidak profesional

kalau nak jadi pengarah video viral yang berjaya...hasan akidah perlu dapatkan PHD dari Namewee dulu yeahhh

TOLONGLAHHHH.....tunjuk bukti dan jangan jadi TRIO DATUK T

Saturday, March 31, 2012

gaji ssm baru dah keluar....kenaikan melebihi 13% kalau diambilkira kgt

nampaknya kerajaan terpaksa juga berbelanja lebih dengan keluarnya pekeliling perkhidmatan jpa bilangan 1/2012 semalam

formula kgt dan formula kenaikan 13% tidak selari....jadi belanjawan 2012 terpaksa ditingkatkan untuk memuaskan hati 1.4 juta kakitangan awam

tunggu jelah berita kenaikan barang pula,,,,bagi mereka yang tak naik gaji...k

TOLONGLAHHH....turun harga barang

Tuesday, March 27, 2012

cuepacs kena pastikan penjawat awam tak hancing kena kencing!!!

setelah dibatalkan sbpa pada 8 Mac, jpa nampaknya hanya sibuk dengan pembatalan tender jpa/03/2012 dan bukannya PEMBATALAN PEKELILING DAN SURAT PEKELILING BERKAITAN DENGAN SBPA

sejak pengenalan sbpa dalam bajet 2012 tahun lepas, jpa AMAT GALAK MENGEMUKAKAN PEKELILING DAN SURAT PEKELILING berkaitan sbpa

adakah jpa(kerajaan) berhasrat untuk meneruskan semua perkara dalam SPP 4/2011 hingga 15/2011? exit policy akan diteruskan?

tidak GALAKkah jpa HENDAK MEMBATALKAN PP dan SPP berkaitan dengan SBPA selepas pengumuman Perdana Menteri pada 8 Mac 2012?

janganlah hanya berdiam diri dan nampak macam tiada apa-apa tindakan

treasury juga hendaklah berperanan secara telus mengumumkan kesan pelaksanaan pengumuman 8 mac 2012 kepada umum supaya tiada lebih ramai yang akan musykil dengan cara kerajaan berbelanja

TOLONGLAHHH....jangan kencing sampai hancing

Monday, March 26, 2012

3 jenis bangsa di Malaysia

seorang rakan memberitahu saya terdapat tiga jenis bangsa yang agak ramai di Malaysia

yang pertama, katanya bangsa yang berusaha untuk mendapat kejayaan dan seringkali berjaya mendapat kemewahan yang dihajatkan

kedua pula adalah bangsa yang berusaha untuk mendapat kejayaan tetapi 'ter'kadang mendapat kemewahan yang diimpikan

manakala yang akhir pula adalah bangsa yang inginkan kesenangan tetapi tak nak berusaha seperti bangsa yang pertama dan yang kedua tadi....lebih kurang lagi teruk dari 'freeloader' laaa

inilah pada pendapat beliau penyebab utama kenapa usaha untuk merapatkan jurang pendapatan agak ketinggalan dan terbelakang....mana mungkin asyik yang rajin nak menampung yang malas

TOLONGLAHHH...pendapat dia ni aku 'kurang bersetuju'

Thursday, March 22, 2012

dilemma baru pembatalan sbpa

isu pokok yang akan dilaksanakan akibat pembatalan sbpa dan mewujudkan penambahbaikan ssm adalah:

1> kenaikan 13% untuk kakitangan gred 1 hingga 54

2> memberi kenaikan gaji tahunan(kgt) antara rm 80 hingga rm 320

kedua-dua perkara ini adalah keutamaan yang perlu diselesaikan sebelum pru13

jpa kebelakangan ini amat 'senyap' dan mengambil langkah berdiam diri sahaja kerana risau akan terkena tempias kemarahan 1.4 juta kakitangan awam

mereka juga dipercayai buntu dalam melaksanakan formula bagi menyelesaikan kedua-dua perkara dalam pelarasan gaji ssm yang baru

isu yang membelenggu pakar(ptd2 yg otak power) di jpa adalah bagaimana nak mengekalkan kuantum kenaikan 13% selari dengan kgt TANPA MEMBABITKAN APA-APA KENAIKAN DALAM BAJET TAHUNAN KERAJAAN

kebanyakan formula yang wujud di dalam alam maya baru-baru ini kebanyakannya adalah mengarut dan akan mewujudkan lebih banyak kesusahan dalam perlaksanaan(mana mungkin dalam tiap P itu mengandungi T yang berlapis dan sentiasa berubah mengikut tahun ke hadapan...bullshit)

oleh itu, jpa seharusnya berterus terang kepada PM yang mana pelaksanaan KGT itu adalah agak mustahil tanpa melibatkan kos yang lebih besar dalam belanjawan kerajaan

isu yang terakhir adalah sehingga hari ini masih ramai yang tertanya-tanya bulan bilakah akan dibayar PELARASAN SSM yang baru ini?

TOLONG LAHHHHH....jangan senyap jer