SARKIS

Tuesday, February 9, 2010

sekadar renungan....pertemuan di istana mencukupi untuk menyatakan tiada sokongan...bagaimana pula dengan sidang dun di bawah pokok....hmm...kompius

yang ditebalkan merah perlu diberi perhatian, yang ditebalkan hijau....cuma kemusykilan aku je....loyar buruk kat luar ni tak payah tolong jawabkan....hehehe


Zambry kekal Menteri Besar Perak- Berita Harian Online



PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Mahkamah Persekutuan antara lain menyatakan proses undi tidak percaya tidak semestinya dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Zambry sudah mendapat kepercayaan 31 daripada 59 Adun seperti yang dinyatakan kepada Sultan Perak dalam satu pertemuan. (pertemuan ni kalau tak silap aku kat ISTANA....so apa citer Sidang DUN bawah pokok....tak berbeza ke...sebab dua-dua kat luar Dewan kan?)



Mahkamah juga memutuskan Nizar mengetahui beliau hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semasa menghadap Sultan Perak dan perlu melepaskan jawatan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lalu setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.

Rayuan itu dibuat Mohammad Nizar dalam cubaan terakhirnya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 4 Februari 2009 menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu melepaskan jawatan selepas mendapati beliau tidak memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri. (bila Nizar tak dapat majoriti dalam DUN? kat ISTANA ke?)

Pada Mei tahun lalu, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.

Monday, February 8, 2010

hahaha...bukti buat dulu ...prosedur...formalkan kemudian...apa akan jadi dengan 'share' kerajaan negeri

berita kat bawah ni takde 'kena-mengena' dengan tajuk di atas

Syarikat Belgium berhak ambil Eye on Malaysia
Feb 8, 10 1:22pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan syarikat Belgium, Fitraco NV, yang membekalkan buaian gergasi 'Eye On Malaysia', memasuki satu kawasan di Melaka dan memindah keluar buaian itu.

Hakim Anantham Kasinather yang membuat keputusan itu di dalam kamar turut memerintahkan Fitraco membaikpulih keadaan tanah di situ seperti sebelumnya.

Menurut peguam Leonard Yeoh yang mewakili Fitraco, kes saman itu telah selesai dan syarikat MST AD Suria Sdn Bhd iaitu syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda 'Eye On Malaysia', juga diperintah membayar kos guaman sebanyak RM35,000.

Manakala syarikat Eye On Malaysia Sdn Bhd perlu membayar RM10,000 (kos guaman) kepada Fitraco.

Leonard berkata dengan perintah itu, Fitraco boleh melakukan apa sahaja ke atas buaian itu termasuk menjualnya.

Tanah yang menempatkan buaian itu didaftar atas nama syarikat Eye On Malaysia (EOM) Sdn Bhd.


Selain Leonard, Fitraco turut diwakili peguam Cheah Soo Chuan manakala peguam Adillah Ahmad Nordin mewakili syarikat Eye On Malaysia dan peguam Azirizal Mohd Zaid mewakili MST AD Suria.

Pada 15 Sept 2009, Fitraco, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu, memfailkan saman terhadap syarikat Eye On Malaysia dan MST Ad Suria selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang berjumlah RM17 juta bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

MST Ad Suria adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006 sebagai sebahagian daripada tarikan utama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia pada 2007.

Roda itu dipindahkan dari Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ke muara Sungai Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.

Sejak dibuka pada Oktober 2008, Eye On Malaysia dikatakan berjaya mencatat perolehan sebanyak RM5 juta.

Roda gergasi yang menjadi tarikan perlancongan utama di negeri Melaka itu disita pada 7 Jan lalu dan operasinya terpaksa diberhentikan serta-merta.

- Bernama

Wednesday, February 3, 2010

picagari super-duper....hanya di Bolehland....terbukti di mahkamah rakyat.....FIRST COME FIRST SERVE FIRST CHARGE

pemecah berita ini hanya terdapat di Malaysia kot

ianya hasil penyelidikan yang mendalam oleh saintis dan bomoh dalam menghasilkan penemuan baru alam ghaib dan juga sains

PICAGARI SUPER DUPER ini boleh memasukkan 'CECAIR UBATAN' ke dalam tubuh badan PESAKIT tanpa perlu dilakukan TUSUKAN JARUM

oleh itu, para korporat keparat sekarang sedang berebut-rebut untuk mendapatkan PATEN bagi produk baru ini

ianya BREAKTROUGH yang paling dasyat pernah ditemui di muka bumi

HARAP BERSABAR....pengeluaran akan dibuat secara kecil-kecilan

FIRST COME FIRST SERVE....hehehehe

Monday, February 1, 2010

pengurangan pegangan GLC>>>udang disebalik mee

terperanjat apabila tetiba kerajaan buat pusingan 360 darjah yang mereka tidak boleh BERNIAGA lagi...mmm

pengurangan pegangan ke atas GLC juga DINAFIKAN ada kaitan dengan usaha menambahbaik ALIRAN TUNAI kerajaan!!!

jadi apakah motif sebenar dasar ataupun polisi baru berkaitan GLC ini?

biasakah anda, rakyat Malaysia dengan isu sebenar BALKIS dan juga Yayasan Basmi Kemiskinan di Selangor? Isunya adalah berkaitan KETELUSAN. Kenapa ENGGAN sangat untuk dikemukakan SEGALA PERBELANJAAN ATAS DANA yang DIBERIKAN oleh KERAJAAN? TAKUT ADA SALAHGUNA KUASA BERBELANJA TERBONGKAR KE ? Kalau takde salah guna ...kemuka sajalah... BERANI KERANA BENAR

berbalik pada isu GLC tadi...nampakkah ke mana hala tuju dasar pengurangan pegangan kerajaan tadi? Ianya adalah untuk menghapuskan dasar campurtangan kerajaan dengan pengurusan ekonomi negara pada masa hadapan?

perasan ke anda...kebanyakan GLC adalah juga syarikat yang bertaraf 'BLUE CHIP INVESTMENT' pada negara yang mana hampir semua MEMONOPOLI EKONOMI bidang yang masing-masing ceburi?

ini adalah langkah untuk mengenakan PR sekiranya mereka berkuasa KELAK dan menguatkan cengkaman kroni kukubesi-ekonomi atas ekonomi Malaysia pada masa hadapan?

kerajaan PR akan hilang punca apabila sektor-sektor ekonomi di Malaysia dipegang sepenuhnya oleh kroni-kroni kukubesi-ekonomi kerana menghadapi masalah untuk berurusan dengan pengurusan syarikat-syerikat monopoli dalam menguruskan ekonomi negara?

jadi...sila ambil berat dan perhatian penuh terhadap isu ini...ianya akan menjadi besar apabila PRU-13 menjelang nanti?

Friday, January 22, 2010

Melaka bakal jadi negeri TERMISKIN mendahului yang lain




telah terbukti penerima bantuan seramai 18000 orang pada tahun 2009 telah naik sekali ganda dari 9000 orang pada tahun 2008

negeri yang kecil ini telah menaikkan jumlah penerima bantuan secara mendadak yang membuktikan masalah kemiskinan di Melaka tidak dapat dibendung akibat terlalu banyak politik dan salah tadbir dalam pengurusan negeri

nampak gaya 2010 bukanlah pencapaian MELAKA MAJU 2010 tetapi MELAKA MISKIN 2010....(sudah tukarlah...worang kata ...bukan saya katalah:RAVI pi mai pi mai tang tu)

pada rakyat MELAKA, janganlah terlalu dibuai mimpi oleh AMENO kelak akan LINGKUP



credit: gambar ihsan dari SINAR

Sunday, January 3, 2010

kalimah Allah...kalah di mahkamah adalah strategi politik pihak tertentu

memang Nabi Isa diketahui umum menyebarkan agama Allah...tetapi bukan agama Kristian yang dianuti sekarang ini

konsep trinity(god, son of god and holy spirit) yang dibawa sekarang saja sudah boleh dijadikan hujah untuk KDN menang di mahkamah... untuk menggunakan kalimah Allah mestilah memahami maksud asalnya dahulu dalam syahadah

"Tiada tuhan melainkan Allah(tuhan yang satu/tunggal) dan Muhammad itu pesuruh Allah"

Penganut Islam cuma menyembah Allah dan tidak Rasulnya yang cuma pengantara membawa kebenaran

Kristian hari ini menyembah konsep tiga tuhan...dan penganut mereka sewajarnya tidak layak menggunakan kalimah Allah yang jelas merujuk kepada Tuhan Yang Satu/Tuhan Tunggal

Jadi...kekalahan berhujah di mahkamah sepatutnya tidak terjadi...untuk menggunakan sesuatu kalimah memanglah tidak EKSKLUSIF tetapi ia harus merujuk kepada maksud penggunaan kalimah itu. Jika Allah digunakan oleh Kristian maka mereka jelas ingin mengelirukan orang ramai?.... dan sesungguhnya MEREKA INI KELIRU DENGAN AGAMA MEREKA SENDIRI?(sekejap guna konsep trinity...sekejap tuhan yang satu...mana satu sebenarnya?)

Umat Islam (tidak merujuk kepada orang Melayu) hendaklah berwaspada pada golongan ini dan sewajibnya meningkatkan lagi pertahanan Aqidah kita bagi menangkis/menepis dakyah-dakyah songsang yang cuba dijalankan secara halus oleh mereka.

Takbir...Takbir...Takbir...ALLAHUAKBAR

Thursday, December 31, 2009

Tiada Duit...Mampukah MelakaT jadi tuan rumah SUKMA dan negeri MAJU 2010

hahaha....lawak betol la melakaT ni....tak sedar diri....apa negeri korang ade royalti ke macam Terengganu?.....dah ujung tahun ni pun korang dah mengeruk ke sana sini cari duit nak bayar bantuan kebajikan dengan gaji staf...lagi ade hati nak cakap besar

sekretariat sukma ada duit ke nak urus sukma jun 2010 nanti...dengar cerita merayu macam peminta sedekah kat persekutuan...amalan biasa sekarang tuan rumah cuma kan diberi token sebanyak rm 1 juta sahaja...yang lain-lain urus sendiri sebab dah bersaing dengan negeri lain cakap negeri korang tu MAMPU...maklumlah MELAKAT MAJU...KAYA...huahuahua

apa citer kontraktor yang ramai bising-bising payment tak dapat lepas buat kerja untuk agensi negeri...huhuhu...kesian...ramai staf kontraktor yang tak dapat gaji berbulan-bulan...kerja dah lama siap...payment tak dapat jugak....nak bising kat federal takut imej CM TERCALAR....takut kena blacklist tahun depan tak dapat projek

ADA KE LAGI PROJEK TAHUN DEPAN? Ada memang ada...tapi semua projek federal...state takde duit nak buat projek....KAPUT daaa...Pengurusan hancur tak nak mengaku....semata-mata nak dapat SIJIL BERSIH...pengarah audit yang TEGAS dipindahkan ganti dengan yang mungkin boleh 'kow-tim' integritinya....hahahah....star rating banyak dapat 2 tetiba da naik jadi 3.....magik la korang ni

PADAN dengan muka korang...2010 kalau lingkup tak bole rolling duit tu lagi....pinjam balik dengan federal tambah HUTANG yang baru berkurang pasal aset pengurusan air dah diambil SPAN(federal)

LAYAKKAH? Terengganu yang banyak duit tu...bole banyak yang runtuh akibat projek segera.....MELAKAT menyusul la plak lepas ni....

KITA TUNGGU DAN LIHAT!!!!hehehehe





MEA