SARKIS

Wednesday, September 30, 2009

N9...another Terengganu conflict in the making

Hehe...

Caya lah MuYeDin...ko memang terer...lepas ni Ameno KALAU menang akan ada 2 puak macam kat Ganu tu

Some said in 1999, the postal vote for Teluk Kemang by-election was in favour of opposition

Wil that history repeat? Only time will tell us

So lets hope some miracle will soon happen

Monday, September 28, 2009

PAS Bukit Katil buta dan tuli???




Kenapa isu-isu penyelewengan kuasa mesti didedahkan oleh DAP sahaja?

Kenapa PAS tidak ke depan dalam mendedahkan kes rasuah oleh Ameno di Bukit Katil khususnya?

Contoh penyelewengan seperti yang JELAS terpampang dalam gambar-gambar di atas sepatutnya di'highlight'kan oleh PAS Bukit Katil kerana 'banners' dan 'bunting' jelas digantung berhampiran dengan markas PAS Bukit Katil.

Takkan lah penyelewengan kuasa macam tu 'clear' lagi bersuluh tak boleh nak nampak.

Tak boleh fikir ke?

Tak payahlah Datuk Bandar nak 'glamour'kan diri tapi kena paksa orang lain sponsor? Gaji Datuk sampai RM40k ke sebulan sampai nak buat open house yang 'grand' puluh ribu ni?

Dengar cerita tahun lepas bagi angpow RM5 pada 10000 orang tapi tahun ni kena 'downgrade' kepada RM3 pada 10000 orang jugak? Besarnya gaji nak sedekah banyak-banyak? Hehehe

Sejak bila Datuk Bandar tarafnya sama dengan Menteri sehingga diberikan peruntukan untuk membuat Rumah Terbuka yang 'grand'?

Adakah MBMB memang ada sedia peruntukan khas untuk Datuk Bandar buat 'open house'?

Halalkah orang ramai makan di 'open house' yang mana ada wujud unsur-unsur rasuah?

Sejak bila pula 'open house' seorang Penjawat Awam boleh di'sponsor' oleh SYARIKAT SWASTA?

Adakah Datuk Bandar akan beri imbuhan/balasan kepada SYARIKAT SWASTA yang 'sponsor' Rumah Terbuka nya dengan kontrak perolehan yang lumayan?

Atau adakah kontrak sediada sekarang akan disambung atau pun ditambah lagi?

Apakah selepas ini semua Rumah Terbuka Penjawat Awam boleh ditaja oleh syarikat yang ada kepentingan dengan tempat Penjawat Awam berkhidmat?

Janganlah sebab ahli PAS ada yang mempunyai hubungan keluarga dengan si Salleh maka pekung dia tak payah dihebohkan kepada rakyat?

Tolonglah.....Ubah sikap PAS Bukit Katil.... Jangan dok terperok jer cari isu Pak Ali jer... konco-konco dia pun kena korek jugak.

Jangan dok retorik kat surau jer... kita kena gerak da dekati masyarakat... Arwah Ustaz Fadzil kan da pesan PAS kena dimasyarakatkan...PLEASE

Jangan dok pulaukan Masjid kat depan markas tuh.... sampai bila kita nak dapat undi kalau asik asingkan DIRI

Pemuda PAS Bukit Katil pegilah buat laporan pada SPRM yang si Salleh dah prejudiskan jawatan dia dengan terima 'sponsor' SWASTA untuk 'open house' dia.

Bukti da ada dong...Tunggu in apa lagik!!!!!!!!!!!!!



p/s: teringat Datuk Bandar dulu memang 'above politic' tu sebab pembangkang pun suka... pandai dia cari duit untuk MBMB... by the time this post was made all the banners have been removed...someone have relised it will be a big isssue

Friday, September 25, 2009

Hassan jangan terlampau bela PTD yang tidak 'adil'

Walaupun Hassan adalah ex-PTD, beliau tidak perlu membela bekas geng2 PTD(junior) beliau yang tidak pandai membezakan mana yang hak dan mana yang batil.

Aku musykil kat 'part' mana yang DO2 ni dimalukan oleh SELCAT? Adakah ketika menerangkan yang mereka terpaksa langgar peraturan/undang2 atas arahan politik yang menunjukkan mereka 'dicucuk hidung' sebab takut dengan Be End ganggu periuk nasi mereka?

Di manakah integriti mereka untuk berhadapan dengan rakyat? Adakah dengan arahan saja duit kerajaan boleh diguna untuk kempen parti?

Hassan kena bagitau rakyat 'tang' mana yang memalukan PTD tu? Adakah 'malu'nya mereka sama dengan waktu Khir bagi batang penyapu?

PTD pula baru2 ni ramai yang muda2 da dapat naik 48 dan 52 walaupun 'service' tak sampai 6 tahun, jadi 'integriti' tu kenalah ditingkatkan lagi supaya jangan jadi 'pak turut' sangat atas alasan SAYA YANG MENURUT PERINTAH!!!

Ingatlah bila korang drafkan 'dasar' untuk pemerintah, jangan syok sendiri SKIM AKU TAU APA YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT...LOL

Thursday, September 24, 2009

adakah Hasan akan mengulangi sejarah Nakhaie?

Perkembangan terkini Hasan amat menggusarkan penyokong PR

Apakah yang cuba disampaikan oleh Hasan kepada PAS Pusat?

Adakah beliau bosan dengan pergelutan polisi yang hendak diselaraskan dengan Kelantan?

Hasan perlu lebih banyak merujuk kepada pimpinan Pusat supaya tindakannya tidak disalah-ertikan

Bukankah seorang pakar motivasi patut lebih tahu bagaimana nak 'tackle' rakyat?

Jangan disiakan ilmu, tolonglah manfaat.

Tuesday, September 22, 2009

pilih ISA salah, tak pilih ISA pun salah!

Itulah dilema gerombolan skang nih

Pilih ertinya tak serius memerangi rasuah

Tak pilih plak ertinya membelakangkan akar umbi

Tak tegur salah ditegur salah, jadi semua serba salah

Hehe

Saturday, September 19, 2009

SIS punyai ciri-ciri MUNAFIK? Street to hell?

Apa2 pun korang fikirkan lah sendiri layakkah mereka?

Pembela Islam?

Pembela wanita?

Pembela hak asasi?

Pembela keadilan?

Pakar hukum-hakam?

Sentiasa betul?

P/s: tahniah kepada mamat yang jadi whistleblower pkfz. Kau memang berani. Aku tabik spring kat kau. Well done.

Tuesday, September 8, 2009

Apo Kono Eh Jang > VERSI BAGAN PINANG

( P: )
Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo...
Siaplah jang oi...
Kobau tu tak PAYAH boghi UNDI lai

( L: )
BAGAN PINANG jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni DACING sudah lamo aih

( P: )
Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke BULAN ekau di AMENO
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ISLAM penawa duko

( P: )
Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke SEKOLAH kito MEMBUANG UNDI
Apo dikonang pekaro yang sudah

( P: )
Si AMENO kau gilokan
Orang dah RAMAI MENENDANG
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diBUANG orang
Biar omak cari an lain
PENIPU orang jangan diundi

( P: )
Ha... tu lah, dulu lai den koba kan
PILIH jang... PILIH.
Ni.. MEMBACO maleh
TENGOK BLOG liat pulak tu

( L: )
Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke TENGOK BLOG do
Buek malu yo...

( P: )
Nak kan PEMIMPIN tak payah YANG JUJUR KO
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...

( L: )
Abih macano mak
DAH seh ni nak KAYO COPAT yo ghaso eh

( P: )
Dah den koba an dulu kumpo kan duit
KAYOLOH copek ini kau tangguh an
Ke sawah kita mengumpo belanjo
Bekonan den si PAS JADIKAN PEMIMPIN

( P: )
Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
KITO NGUNDI BULAN KO dopan
SABAR kau jang JANGAN putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

( L: )
Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih HIJAU den PILIH juo

( P: )
Kau nak apo an UNDI tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

( L: )
Seh tak kiro
Seh nak an jugo PAS tu mak
Apo nak jadi, jadilah

( P: )
Dah TAK di haruk setan layi ko budak ni
Dunio pun da nampak JOLAS JO..

( L: )
Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den...
Kato ongah den...
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung SABAR
Tak mati badan TAK menghasai RASUAH... Aih

( P: )
Apo kono eh jang...


P/S:buat pembaca, saje suka2, kalau ade nak tokok tambah, ubah lah sendiri kat blog korang eh

Monday, September 7, 2009

teknik 'glamor'kan diri guna duit kerajaan>contoh pertama




Inilah contoh terbaik bagaimana nak menghalalkan kakitangan awam makan berbuka puasa dengan duit kerajaan iaitu adakan taklimat keselamatan jalanraya waktu malam. Lepas tu ambil gambar tunjuk kat media.

Dalam bulan Ramadhan ni salah kah kalau buat taklimat tanpa makan minum di siang hari?

Kenapa dalam mentaliti kakitangan awam mesti makan minum pakaian di'sponsor' kerajaan? Hatta nak pegi bercuti dengan keluarga(hari keluarga) pun nak kena 'support' juga oleh kerajaan!

Ketua Jabatan pula janganlah meraih populariti dari staf melalui jalan songsang ini

Janganlah ingat semuanya layak dinikmati korang.

Ingatlah perbuatan korang ni meningkatkan perbelanjaan negara dan bukan membantu RAKYAT secara langsung.

Friday, September 4, 2009

Tak Nak BONUS, saudara Mahfuz oií

tak tau ke nanti para peniaga tamak akan ambil kesempatan naikkan harga barang!

kesan bonus ni terhad pada 1.2 juta orang saja... Yang 5 juta kat swasta ni macam mana..mereka tak dapat bonus tapi terpaksa nanti tanggung kesan kenaikan harga barang dari 'bonus' kerajaan

kerajaan tengah tenat dalam kewangan jadi jangan lah bebankan lagi..nati menjadi-jadi panik orang ramai bila nak berbelanja

Fikir-fikirkan lah