SARKIS

Monday, August 30, 2010

Flower Clock kat dataran mbmb....apa ke jadahnya ni datuk bandar?

woi salleh...apa yang ko da bazirkan ni?

Apsal sampai lebih RM495000 ko gunakan duit rakyat untuk benda tak berfaedah ni?

Apa signifikannya jam 'bunga' tu untuk kerajaan negeri melaka?

Apa ko nak buat countdown melaka maju kat situ ke?

Apa yang ko dah buat ni salleh?

Ye ke kos nak buat boleh mencecah lebih rm495 ribu?

Thursday, August 19, 2010

KDNK 8.9%...mmm....berita saguhati raya Penang diSENYAPKAN media utama...ini tandanya takde duit...figures derived from the sky

aku tunggu jugak la...tv3, tv1, tv2, tv7, tv9, tv8, awani dan bernama untuk 'pop-up' berita saguhati raya pulau pinang tapi hampa.

kat 'crawler' pun tak muncul jugak.

MEMANG SAH ADA ARAHAN DARI PUTRAJAYA supaya perkara baik macam ni tidak diumumkan.

cuepacs pon macam HARAM takde komen langsung tentang pemberian ini.

sebaliknya berita KDNK 8.9% yang digembar-gemburkan.

aku nak tahulah macammana BNM boleh dapat angka tu? apakah elemen pertimbangan sewaktu dapat -3.9% dulu KEKAL SAMA dengan sewaktu dapat 10+% & 8.9%. adakah 'confirm' tiada elemen/faktor/justifikasi yang ditinggalkan untuk mendapat 'figure' 8.9% tersebut?

TERINGIN NAK TAU...sebab dulu waktu aku buat post audit financial statement selalu diherdik ' figure ni datang dari langit eh?'

Bos...bos..bos

Wednesday, August 18, 2010

Kongres Ekonomi...jika benar maka dasar affirmatif berikut mesti diambil...

apabila CSL mencadangkan agar semua sektor diliberalisasi seperti perumpamaan beliau di bawah :

“Bahagian ekonomi yang berkembang adalah umpama air pasang yang akan menaikkan semua bot, jadi semua rakyat Malaysia akan mendapat agihan kekayaan yang adil,”

maka, semua rakyat yang tidak dapat mencapai pendapatan per kapita RM48000 setahun nanti mestilah terus dibantu oleh Kerajaan ( dengan cara 'top-up' perbezaan pendapatan sebenar dengan pendapatan per kapita )yang memerintah agar tidak timbul isu hanya KAUM TERTENTU sahaja yang akan mendapat LABA yang kita akan SEDIA MAKLUM.

Wednesday, August 4, 2010

Tiada lagi istilah 'berkhidmat untuk rakyat' bagi P&P Kesihatan dan Pelajaran...yang ada 'hanya untuk poket'

Kenaikan pangkat secara besar-besaran oleh perkhidmatan kesihatan dan pelajaran kepada pegawai-pegawai muda sehingga gred 52 akan membebankan kerajaan.

Justifikasi perlu naik gred 52 dalam masa 9 tahun tidak akan mematangkan pegawai-pegawai tersebut, ianya hanya akan menambah perbelanjaan emolumen kerajaan bagi sektor tersebut.

Diharap kerajaan mengambil iktibar atas kesilapan KPPA yang lalu(yang kebetulan pernah berkhidmat di kesihatan)yang MEMUAKAN SANGAT perkhidmatan kesihatan semasa pemerintahannya.

Keadilan perlu ditegakkan agar rakyat tidak dibebankan dengan kenaikan pangkat yang drastik untuk pegawai-pegawai muda tersebut.

Sunday, August 1, 2010

Najib bersembunyi ketika FDI merudum & LLS didakwa!

Penyakit lepas tangan oleh orang UMNO memang sudah terserlah sejak dari dulu lagi.

Ketua yang penakut dan tidak bijak akan senantiasa cuba melarikan diri dari berhujah dengan orang ramai.

Perkara sebegini telah menjadi lumrah di Malaysia dan akan menjadi pemangkin kepada rakyat yang telah bosan dengan PENAFIAN.

Mulai hari ini, RON 97 tidak akan dijual kepada warga asing(lihat saja berjaya atau tidak nak mengekangnya).

Semalam pula, Ketua SPRM dipetik sebagai berkata akan lepaskan jawatan sekiranya ada aduan yang tidak disiasat dan beliau juga akan cuba MENDAPATKAN anggota kabinet untuk mengisytiharkan harta mereka kepada RAKYAT(bukan untuk tatapan PM sahaja, wa tolong lu, lu tolong gua).

FDI jatuh merudum sebenarnya kerana KETIDAKPERCAYAAN para pelabur luar terhadap SISTEM KEHAKIMAN kita yang mudah diperkotak-katikkan oleh ELITIS PEMERINTAH(dirujuk kepada UMNO-BN). Itu sahaja PUNCA YANG JELAS kerana kalau nak dibandingkan dengan Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam, PRASARANA kita jauh lebih bagus.

Tapi, apa yang nak dikatakan lagi(rujuk lagu XPDC), kita semua masih sebilangan besarnya(orang Melayu)mengharapkan agar semuanya DISUAP-KAN.

Untuk anda berfikir, dan saya telah menyedarinya.(Lebih kurang for me to know for you to find/figure out).

I rest my case AGAIN!!!