SARKIS

Monday, February 28, 2011

takkan ler korang tak kisah orang miskin nih di'rampok' walaupun rm10.00 sebulan!

kasi taruk lah sikit...pak ali ni pandai pusing duit...last sekali pulau melaka ni nak jadi 'Arab City' sejak sign MOU rm250 juta ke rm1.2 billion dengan pak arab 'tersesat' waktu melancong(dengarnya kerja-kerja nak mula ogos 2010....tapi sampai la nih HABUK)

apa citer projek gajah putih 'dolphin water theme park' kat pulau melaka jugak....dengarnya 'dolphin' tak boleh hidup kat situ pasal projek tak ikut 'spec' asal....kakakaka kena tipu lagi dengan 'con'TRAKTOR ameno....satu lagi...nak maintain 'life support' dolphin tu pon dah nak cecah rm200 ribu sebulan(includes machines and electricity bills)....MAMPU KE KERAJAAN NEGERI(yang main hentam akaun amanah boleh berbaki debit bila berbelanja)?

woi...woi...woi....jangan hentam...kat melaka pembangunan kena jalan jugak (bulldoze saja walau DUIT TAKDE)...bak kata pak ali selalu "jalan jer projek tuh nati tau lah aku carik duit nak bayar"....kahkahkah....pandai CONGAK kau yer CONGEK

Sunday, February 13, 2011

Apa citer penerima bantuan kebajikan kene paksa jadi ahli koperasi ke? ke tak betul?

Betul ke ada ura-ura 'state gomen' melalui mmkn paksa potongan dibuat atas bantuan kebajikan supaya 'ko-op' mereka tu boleh beli tanah(tak tahulah harga boleh bagi diskaun ke takde) pknm/pertam/dll?

Siapa jawatankuasa penaja koperasi tu?

Bila mesyuarat agung pertama selepas penubuhan koperasi dijalankan? Cukupkah korum 50 orang ahli(yang terdiri dari penerima bantuan kebajikan/orang miskin/orang susah)pada mesyuarat kali pertama tersebut supaya dapat diluluskan perlantikan Lembaga Pengarah dan juga CEO?

Adakah dalam mesyuarat tersebut juga, tindakan CEO sekarang untuk membeli tanah bagi koperasi ini diluluskan sebagai aktiviti utama perniagaan koperasi tersebut?

Kalau benar 'state gomen' nak tolong penerima bantuan kebajikan masuk koperasi, tak mampukah 'state gomen' nak keluarkan modal sebanyak RM3 juta kalau betul-bettul ikhlas dan tak perlulah dipotong bantuan penerima tu? Walaupun sebulan RM10.00 tapi nilainya bagi orang miskin ni tinggi!!!

TAKKAN KERAJAAN NEGERI DAH TAKDE DUIT KOT?

Betul ke kalau penerima bantuan ni tak nak masuk koperasi....bantuan akan dihentikan secara 'HALUS'? Betulkah ada ura-ura nak bagi bantuan lambat pada mereka kalau enggan jadi ahli?

Saper lah yang bijak sangat ni?

Buat koperasi....jadi pengerusi...pas tu nak beli tanah dari 'state agency' jugak yang mana kau jadi ahli@pengerusi jugak.....takder 'conflict of interest' ke?

Macam-macam cara nak halalkan rompakan duit rakyat zaman sekaran ni?

Kalau boleh DSAI 'highlight'kan perkara ni dalam ceramah 15hb Februari kat Permatang Serai nanti....biar orang Merlimau tahu....tak caya...cubalah 'recce' kat orang miskin kawasan Jasin nanti...kot-kot khabar angin ni FAKTA?

p/s tengok ayat kat atas...belajar bahasa melayu betul-betul.....semuanya ayat PERTANYAAN

Wednesday, February 2, 2011

Shamsul Akin...wa salute lu as my senior but dont go overboard

atas semangat setiakawan...shamsul seharusnya bersiasah untuk mengenepikan kepentingan dirinya dalam merebut pertandingan kerusi dun merlimau

janganlah apa yang telah dilakukan terhadap chegu bard berulang di merlimau

cukuplah dengan melobi junior sendiri untuk menjadi orang kanan...walaupun aku salute 2 orang kanan amk dari sekolah aku(kau dan anak jin)tapi tabiat yang buruk sebegini arwah ustaz ghaus tak ajar macam tuh

so pikir-pikir lah sikit perasaan warga komponen pakatan rakyat yang lain... jangan gelojoh


p/s: dekat facebook hang tu jangan lah letak 'currently running for office CM of Melaka'...jauh lagi kot my senior....anak jin tolong tengok2 kan bos kau tuh