SARKIS

Tuesday, March 13, 2012

kak ijat....yang mana satu ni?

tolong terperinci sikit lah

letak jawatan atau tak sambung perkhidmatan sebagai menteri?

kalau letak jawatan, sila pastikan diri awak tu tak terima apa-apa pampasan dan faedah persaraan sebagai menteri penuh

tolong berikan kami rakyat malaysia satu kepastian

kami tak mahu selepas 250 juta...terima pula pencen menteri/senator bagi penggal ke 12 ini

tak nak la duit pembayar cukai disalahgunakan untuk bayar pencen/faedah persaraan bagi "MENTERI YANG DAH LETAK JAWATAN"

tolong bagi kami satu jaminan

TOLONG LAHHHHH

Monday, February 13, 2012

KTM dah mula dilantik dalam bulan Februari, spr dah tahu ke?

Kekwat sungguh spr bulan ni

Dengan jelajah seluruh Malaysia, mengharapkan penjawat awam faham duty mereka time mengundi nanti

Jangan disalahguna peranan bebas tu

Pastikan diri tu benar bebas

SBPA walaupun ditangguhkan, jangan kita leka, salah penangguhan tu nak letak atas jabatan mana..JPA ke apanama dia?

Sape lah yang bijak pandai dalam jpa tu, sampai kena tangguh..kalau laksana cadangan DSAI tambahan elaunRM500 pada setiap penjawat awam tentu tak jadi masalah

Pencen tak naik, bajet pun tak melambung sampai lebih rm dua bilion sebulan? Cuma perlu bayar tambahan rm700 juta je sebulan..kalau semua dapat tambahan elaun 500 sebulan ni..ada ke yang nak tak puas hati lagi?

Sunday, January 22, 2012

cakap banyak pun tak guna....demokrasi dalam pas punya hal...korang kesah sangat nak perjuangkan ni apsal?

parasit ke bukan...lu kesah apa?
Sejak bila lu kesah dgn perjuangan pas?
Sejak bila kesah sape yg patut jadi ahli pas atau tidak?
Tak payah la nak kesah sebab korang tu chauvinist yg teramat sangat?

Kalau betul kisah bukalah keahlian untuk semua kaum

Friday, December 30, 2011

melakaku sayang banyak duit untuk belanja tahun 2012

kenapa dap senyap dalam pembentangan bajet melaka yang lepas waktu usul untuk tidak mahu menerima pakai akta kumpulan wang pembangunan tak terpakai bagi bajet negeri tahun depan?

Buta ke semua, yang kerajaan negeri tiada hak untuk menolak sebarang undang2 persekutuan?

Kenapa usul tak nak menerima pemakaian seksyen tertentu akta kumpulan wang pembangunan untuk enakmen bajet 2012?

Apa motif nak jadikan enakmen lebih tinggi dari akta?

Apakah geran perkapita pembangunan yang disalur setiap tahun hendak disalahgunakan?

Bukankah melaka banyak duit, ali rustam? Dengar dah byk federal fund yg hijack masuk state coffers? Betul ke kementerian pelancongan masuk duit terus ke akaun bank pbt untuk naikkan prestasi perbelanjaan rmk?

Hehehe.....melaka memang banyak duit(ikut pintu belakang kot?)

Sunday, December 4, 2011

baiah umno di pwtc berjaya mengikat 3 juta ahlinya?

ahli pekembar dikatakan berjumlah lebih dari 3.4 juta orang

perwakilan umno dalam pau 2011 pula dikatakan telah meningkat kepada bawah 12 ribu orang

semalam mahiaddin( nama bapa si penyanyi Najwa, apa punya turr penynyi ni suka suki ubah nama bapa sendiri) mengetuai lafaz baiah pekembar yang julung kalinya dibuat

tindakan mereka ini dikatakan telah berjaya mengikat semua ahli umno menerusi perwakilan yang dipilih oleh mereka di bahagian masing2

baguslah kalau itu interpretasi mereka berbaiah

LANTAK KO LER........PEACE YOOOOO

Wednesday, November 30, 2011

sbpa, benarkah akan lebih menguntungkan?

Daripada apa yang sedang rancak diwar-warkan oleh media baik yang bercetak mahupun sesawang, ianya nampak seakan serampang dua mata bagi pihak pemerintah.

Antara berita-berita yang hangat diperkatakan/dicelakakan adalah 'exit policy program', jawatan utama/tonggak akan dikontrakkan, prospek yang akan membuat penilaian 360 darjah dan kemungkinan-kemungkinan penyebab pekeliling sbpa sengaja lambat disiarkan.


Jadi, apabila telah dikeluarkan/disiarkan nanti, diingatkan penjawat awam jangan gelojoh menerima tawaran baru tanpaembaca dengan teliti 'maslahat/muslihat' tersirat yang akan mencengkam penjawat awam kelak.

'plan your action wisely' kerana penyiaran yang lambat ini memang disengajakan dan tempoh 'sign-off' yang singkat pada disember melalui hrmis dibuat secara berhati-hati.

Mungkin ssm lebih baik dipilih dengan ketiadaan ptk atau prospek?

Saturday, November 19, 2011

nak tipu siapa sebenarnya? syok sendiri je jabatan korang ni nak laksana perakaunan akrual untuk kerajaan

Sape yg syok sendiri ni?

Kenapa lorat sgt nak buat benda yg akan mendatangkan byk masalah daripada kebaikan.

Apa lah sgt nak diikutkan pbb punya resolusi kalau nak menipu dalam perlaksanaan?

Tunai kan lebih mudah.

Australia, new zealand dan uk buat ikut parlimen. Ubah perlembagaan? Undang2? Korang nak ikut jalan belakang?

Kenapa belakangkan parlimen dalam nak melaksanakan?

Kadeewalee punya jabatan