SARKIS

Sunday, January 22, 2012

cakap banyak pun tak guna....demokrasi dalam pas punya hal...korang kesah sangat nak perjuangkan ni apsal?

parasit ke bukan...lu kesah apa?
Sejak bila lu kesah dgn perjuangan pas?
Sejak bila kesah sape yg patut jadi ahli pas atau tidak?
Tak payah la nak kesah sebab korang tu chauvinist yg teramat sangat?

Kalau betul kisah bukalah keahlian untuk semua kaum

Friday, December 30, 2011

melakaku sayang banyak duit untuk belanja tahun 2012

kenapa dap senyap dalam pembentangan bajet melaka yang lepas waktu usul untuk tidak mahu menerima pakai akta kumpulan wang pembangunan tak terpakai bagi bajet negeri tahun depan?

Buta ke semua, yang kerajaan negeri tiada hak untuk menolak sebarang undang2 persekutuan?

Kenapa usul tak nak menerima pemakaian seksyen tertentu akta kumpulan wang pembangunan untuk enakmen bajet 2012?

Apa motif nak jadikan enakmen lebih tinggi dari akta?

Apakah geran perkapita pembangunan yang disalur setiap tahun hendak disalahgunakan?

Bukankah melaka banyak duit, ali rustam? Dengar dah byk federal fund yg hijack masuk state coffers? Betul ke kementerian pelancongan masuk duit terus ke akaun bank pbt untuk naikkan prestasi perbelanjaan rmk?

Hehehe.....melaka memang banyak duit(ikut pintu belakang kot?)

Sunday, December 4, 2011

baiah umno di pwtc berjaya mengikat 3 juta ahlinya?

ahli pekembar dikatakan berjumlah lebih dari 3.4 juta orang

perwakilan umno dalam pau 2011 pula dikatakan telah meningkat kepada bawah 12 ribu orang

semalam mahiaddin( nama bapa si penyanyi Najwa, apa punya turr penynyi ni suka suki ubah nama bapa sendiri) mengetuai lafaz baiah pekembar yang julung kalinya dibuat

tindakan mereka ini dikatakan telah berjaya mengikat semua ahli umno menerusi perwakilan yang dipilih oleh mereka di bahagian masing2

baguslah kalau itu interpretasi mereka berbaiah

LANTAK KO LER........PEACE YOOOOO

Wednesday, November 30, 2011

sbpa, benarkah akan lebih menguntungkan?

Daripada apa yang sedang rancak diwar-warkan oleh media baik yang bercetak mahupun sesawang, ianya nampak seakan serampang dua mata bagi pihak pemerintah.

Antara berita-berita yang hangat diperkatakan/dicelakakan adalah 'exit policy program', jawatan utama/tonggak akan dikontrakkan, prospek yang akan membuat penilaian 360 darjah dan kemungkinan-kemungkinan penyebab pekeliling sbpa sengaja lambat disiarkan.


Jadi, apabila telah dikeluarkan/disiarkan nanti, diingatkan penjawat awam jangan gelojoh menerima tawaran baru tanpaembaca dengan teliti 'maslahat/muslihat' tersirat yang akan mencengkam penjawat awam kelak.

'plan your action wisely' kerana penyiaran yang lambat ini memang disengajakan dan tempoh 'sign-off' yang singkat pada disember melalui hrmis dibuat secara berhati-hati.

Mungkin ssm lebih baik dipilih dengan ketiadaan ptk atau prospek?

Saturday, November 19, 2011

nak tipu siapa sebenarnya? syok sendiri je jabatan korang ni nak laksana perakaunan akrual untuk kerajaan

Sape yg syok sendiri ni?

Kenapa lorat sgt nak buat benda yg akan mendatangkan byk masalah daripada kebaikan.

Apa lah sgt nak diikutkan pbb punya resolusi kalau nak menipu dalam perlaksanaan?

Tunai kan lebih mudah.

Australia, new zealand dan uk buat ikut parlimen. Ubah perlembagaan? Undang2? Korang nak ikut jalan belakang?

Kenapa belakangkan parlimen dalam nak melaksanakan?

Kadeewalee punya jabatan

Monday, October 31, 2011

usah dihiraukan laporan KAN 2010, yang penting cara KSU pelancongan mesti ditiru oleh semua KSU yang lain termasuklah KSN

seperti yang kebanyakan ksu lain maklum, prestasi perbelanjaan rmk10 kementerian pelancongan adalah antara yang tercorot dalam separuh tahun pertama 2011

untuk mengatasi masalah tercorot dalam prestasi perbelanjaan ini, kementerian pelancongan telah 'membayar' hampir rm40juta kepada pbt yang ada di melaka terus ke dalam akaun bank masing2 dan bukannya menerusi perlaksanaan biasa menurunkan waran peruntukan samada kepada sdo ataupun upen

projek yg menerima tempias adalah seperti taman botanikal, taman seribu bumga and 'monorail' dari ayer keroh ke banda hilir(semua projek state yg hampas dan telah di'federal'kan kerana state xde duit)

ksu kementerian lain patut tiru cara pembayaran terus ke akaun bank ini supaya mereka lebih efisyen

tidak timbul isu songlap duit oleh pbt melaka yang tengah kurang duit berbelnja kerana kredit fasiliti mereka lebih 90 hari terutamanya swm yg dah terkumpul sebanyak hampir rm26juta

jadi untuk menujukkan prestasi cemerlang rmk10 ini tirulah cara pelancongan....x caya tanyalah Datuk Lim ....kahkahkah hak tuih

Friday, August 26, 2011

kakitangan awam didahulukan, imbuhan dirembat utamakan

singapura telah sedia maklum terima gaji tinggi oleh kakitangannya

indonesia akan mula dgn 10% manakala thailand pula bermula dengan 300 baht sehari dilaraskan gaji pada awal januari 2012

malaysia pula kemungkinan besar juga akan melakukan pelarasan sempena bajet 2012 nanti

dalam bajet kerajaan malaysia, sebenarnya hampir 50% diperuntukkan untuk keselesaan kakitangan awam secara langsung dan tidak langsung

beranikah kita berubah untuk selepas ini supaya kepada rakyat malaysia diperuntukkan sebanyak 80% bajet

benarkah kakitangan awam akan berkhidmat untuk rakyat semata?