SARKIS

Tuesday, June 3, 2008

Jabatan SUBSIDI?????

kenapa tidak?

sudah masanya kerajaan serius dalam menangani masalah agihan subsidi kepada rakyat melalui satu jabatan rasmi dan bukan semata-mata jawatankuasa sahaja

melalui jabatan rasmi ini maklumat tentang pengagihan, proses, kriteria dan pemantauan dapat dilaksanakan dg]engan lebih berkesan lagi

tahun lepas, saya dimaklumkan oleh seorang teman, kementerian kewangan ada mencadangkan mekanisme penggunaan mykad bagi menangani masalah pengagihan petrol dan diesel yang lebih adil kepada yang 'hak'

apapun cadangan yang akan dikemukakan kelak, ianya pasti mengundang kelemahan dalam implementasi, samada dari segi penyalahgunaan 'keistimewaan' sebagai penerima subsidi ataupun pengendali agihan subsidi

jelasnya, bermula ogos 2008, rakyat malaysia mungkin menerima satu lagi tempias kerakusan kapitalis dunia global menghadapi kenaikan kos sara hidup berikutan penstrukturan semula subsidi minyak( kenapa tidak kapitalis ini dihalang dan PBB buat satu resolusi/ketetapan supaya minyak dijadikan barang kawalan di seluruh dunia, i wonder why )

kemungkinan 'kepenggunaan' bahan api berkurangan disebabkan kosnya meningkat tidak dapat dielakkan

golongan berpendapatan sederhana dan rendah mungkin tidak akan lagi berbelanja seperti dulu dan ekonomi mungkin akan bertambah merudum

apa-pun keputusannya nanti, TAHNIAH kita makin tersepit

sighhhhhhh

No comments: