SARKIS

Monday, June 8, 2009

AKMAL 'Berhibur' menggunakan Wang Rakyat(Dana Kerajaan)?

Sepanjang pengalaman saya berkhidmat dalam kerajaan, program sukan mahupun Hari Keluarga Jabatan tidak diperuntukkan sebagai program rasmi Jabatan

Tindakan Ketua-ketua Jabatan menghalalkan perbuatan ini sama juga menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap integriti kakitangan awam.

Adakah mereka boleh sesuka hati membelanjakan WANG AWAM untuk keluarga mereka bercuti seperti yang dibuat oleh AKMAL ini?

Adakah alasan mangadakan kursus itu boleh menghalalkan penggunaan duit rakyat.

Bukankah AKMAL mempunyai Bas Jabatan untuk membawa 43 orang berkursus, kenapa menggunakan alasan tiada kenderaan jabatan untuk membolehkan mereka menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa sekali ahli keluarga sekaligus menuntut elaun perbatuan?

Kalau tiap seorang dari mereka membawa ahli keluarga, bayangkan 1 kereta menuntut 688 km x 2 pergi balik x rm0.50(secara purata)= rm688.00 seorang

Kalau didarab dengan 43 kereta lebih kurang rm29,540.00. Ini baru sahaja tuntutan kenderaan. Belum lagi makan minum????Baru untuk satu trip...kalau dibuat berkali-kali ...macam mana?????

Tidak malukah mereka apabila pergi ke sana-sini di perhatikan oleh "RAKYAT SETEMPAT" mereka melancong menggunakan label rasmi kerajaan?

Rakyat kena perhatikan ini semua!!!!! Jika tidak mereka akan diperkotak-katikkan oleh orang yang tidak pandai memegang amanah.

Walaupun Hari Keluarga ini tidak rasmi, Jabatan boleh menggunakan dana sendiri melalui Kelab atau pungutan dana di kalangan kakitangan dan bukannya menggunakan DUIT KERAJAAN untuk bersuka-ria bersama keluarga.

Kesalahan telah nyata lagi terpampang dalam website mereka!!!!

Diharap SPRM akan mengambil tindakan dengan segera!!!!!!

No comments: