SARKIS

Friday, August 14, 2009

patutlah P**IS kaya raya sebelum dan selepas pencen ....ini rupa sebabnya!!!!

Perbendaharaan telah memberi muka kepada pegawai-pegawai yang menyeleweng dalam tuntutan perjalanan yang mana kebanyakannya adalah anggota keselamatan yang sepatutnya mempunyai integriti.

Mereka telah dilepaskan melalui surat ini.

Apalah istimewanya mereka ini sehingga bila buat kesalahan boleh dimaafkan dan dilepaskan.

Adakah bilangan mereka yang membuat tuntutan palsu ketika bertugas terlampau ramai sehingga Perbendaharaan tidak mampu untuk meneliti kes mereka?

Sampai bila attitude melepaskan JERUNG dan cuma mengunyah IKAN BILIS ini hendak diteruskan?

Telah terlampau banyak kemaafan diberikan kepada kakitangan awam yang menyeleweng atas dasar KASIHAN dan tidak mahu MEMALUKAN JABATAN!!! Sampai bila?

Patutlah belanjawan kerajaan selalu sahaja meningkat setiap tahun!!! Puncanya diberi kuasa pada orang yang tak pandai menguruskan hal ehwal kewangan. Semuanya boleh hentam semborono, boleh ikut pintu belakang, yang dilanggar boleh DIFORMALKAN prosedurnya kemudian. Inilah mentaliti sekarang!!!

Perbendaharaan pula rela membiarkan pelaksana arahan dan prosedur kewangan menafsirkan Surat Pekeliling dan Pekeliling mengikut selera@tafsiran masing. Ini merugikan kerana mengakibatkan perlaksaan yang tidak seragam di seluruh Malaysia.

Apakah PTD di Perbendaharaan cuma berminat tentang 'bila aku nak naik pangkat?' atau 'bila dorang nak upgrade post aku nih?'???????

Tolonglah prihatin!!!!! Jangan dilepaskan mereka yang MENYELEWENG nih. Cari sampai ke lubang CACING!!!!!

No comments: