SARKIS

Monday, January 7, 2008

bila AJARAN terlampau dipolitikkan...

Dalam wawancara TV3 bersama dengan Prof. Diraja Ungku Aziz semalam di Buletin Utama, Prof menekankan betapa pentingnya kita memahami NAHU bahasa terlebih dahulu sebelum boleh pergi lebih jauh lagi dalam pembelajaran.

Beliau juga ada menyebut tentang keadaan bila kita terlampau banyak sangat SLOGAN boleh menyebabkan fikiran menjadi buntu apabila ditanya tentang jenis politik yang boleh mencaknakan sistem pendidikan.

Nampak gayanya, Prof juga telah menyedari tentang kelemahan sistem pendidikan kita sekarang yang terlampau dipolitikkan oleh Be End. Mereka telah menempatkan PROKSI yang boleh mengekalkan mereka dalam pemerintahan dan bukannya golongan ILMIAH yang tulin.

KPT sendiri telah banyak menyalahgunakan kuasa apabila mencampuri proses pilihanraya MPP di IPTA, manakala KPM pula lebih banyak memutarbelitkan nombor untuk mengaburi rakyat jelata bahawa pendidikan kita makin meningkat.

Mana mungkin keputusan peperiksaan di peringkat 'secondary' begitu memberangsangkan sedangkan IPTA kita tiada dalam senarai 'Top 200 University in the World'. Ini menunjukkan mereka telah memanipulasi sistem pendidikan untuk menipu rakyat.

Dengan ciri-ciri guru yang kita ada sekarang, adakah benar prestasi yang telah diumumkan oleh kementerian yang terbabit?

Guru yang ada sekarang ini(era pasca tahun 2000) adalah guru yang menjadikan kerjaya ini sebagai KERJAYA PICISAN(cuma baca buku teks seperti yang dinyatakan oleh Prof Khoo Kay Kim). Ini adalah kerjaya yang terpaksa mereka ambil apabila tamat pengajian kerana peluang pekerjaan yang ada dalam pasaran amat terhad dengan bilangan yang keluar dari IPTA setiap tahun.

Apapun kaedah yang akan digunakan oleh KPM dan KPT kelak dalam memartabatkan sistem pendidikan kita, ianya hendaklah berpaksikan kepada keadilan(meletakkan sesuatu ditempat yang betul)

Ingatlah bahawa manusia itu perlu berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

No comments: