SARKIS

Monday, December 1, 2008

kerajaan kena tipu...ke?

Mutakhir ini sering kali kita dengar masalah yang melibatkan bangunan kerajaan di sekolah seperti tembok pagar runtuh, kebakaran litar pintas, jalan berlubang, syiling jatuh dan bermacam lagi. Punca utama ianya terjadi adalah kerana projek tersebut tidak diselia oleh JKR. Ianya telah diselia oleh para guru yang bukan kepakaran mereka dalam pengurusan projek.

Guru ini bukan sahaja tiada kepakaran malah ditipu oleh kontraktor kerana mereka percaya sepenuhnya terhadap anggaran kos yang diberi oleh kontraktor. Sebagai contoh projek bernilai rm100000 telah dibayar rm180000 oleh pengurusan sekolah. Tak cukup dengan itu mereka bersekongkol dengan kontraktor untuk menjalankan 'sebutharga terhad palsu' bagi mendapatkan keuntungan luarbiasa(ada plak tu siap 'pow' kontraktor buat renovation rumah secara percuma) dan nak menghalalkan cara supaya disebut TELUS.

Kedangkalan guru telah menyebabkan kerajaan rugi ratusan juta ringgit setahun. Kerugian tidak terhad pada wang ringgit malah nyawa murid/pelajar juga dijadikan taruhan. Projek bermasalah ini boleh meragut nyawa tatkala mereka berada di premis sekolah yang diselenggara oleh guru yang bukan pakar seperti JKR atau PERUNDING.

Kementerian Kewangan mesti menguatkuasakan peraturan yang melibatkan KERJA agar mereka yang berkepakaran sahaja diberi kuasa untuk menyelia KERJA di premis kerajaan. Ini untuk mengelakkan pembaziran dan ketirisan.

Kontraktor pula perlu lebih jujur dan tidak terlampau tamak bila berurusan dengan kerajaan. Cukup sekadar 15% keuntungan macam kos rm100000 caj kat kerajaan rm115000 udah ler.

BPR mestilah proaktif, tidak perlu tunggu sehingga sesuatu buruk berlaku. Mereka boleh melangkah lebih jauh dengan mewujudkan jawatan KADER seperti jurutera dan akauntan untuk membantu mereka dalam siasatan.

Diharap luahan ini diambil kira oleh TREASURY untuk kebaikan negara secara keseluruhannya.


p/s betul ke setpol si Auw Mudin da gerak bagi projek pada 'con'traktor F secara direct negotiation untuk jawatan naib presiden melalui kementerian yang diterajuinya. Guna duit kerajaan untuk lobi tak salah untuk ameno... Jangan marah ye! Auw!!!

No comments: