Apa rasional GST? Tentulah rasional kepada golongan professional seperti Ejen Cukai dan Akauntan kerana ia melibatkan tahap pematuhan kepada undang-undang percukaian yang lebih tinggi. Rata-ratanya ia akan menaikkan lagi juga system pengurusan dalam sesebuah syarikat/perniagaan di Malaysia.
Walaubagaimanapun, untuk melaksanakan GST pada ketika ini adalah amat tidak BERPATUTAN kerana ianya dilihat akan membebankan rakyat. KENAPA? Sebabnya adalah cukai akan dikenakan pada setiap peringkat pengeluaran sesuatu ’barang/produk siap’. Jadi, pengguna akan dibebankan dengan harga yang tinggi ketika PENDAPATAN mereka masih rendah. Mana mungkin cukai yang dikenakan pada setiap proses pengeluaran/ penghasilan produk tidak akan DIPINDAHKAN kepada pengguna. Dalam rejim percukaian sekarang pun, pengguna telah dibebankan dengan harga yang tinggi untuk PARA PENIAGA/PENGELUAR menampung kos CUKAI KORPORAT mereka(JANGAN CAKAP 85% TAK BAYAR CUKAI, DORANG BAYAR TAPI INDIRECTLY MELALUI TRANSFER PRICING). Apakah JAMINAN dari kerajaan yang perkara seperti ini tidak akan berlaku?
GST juga dilihat sebagai tidak mesra kepada pengguna kerana lebih banyak memberi kelebihan kepada PENIAGA. Pelaksanaannya di UK, yang mana setiap GST yang dibayar dan diterima oleh PENGUSAHA akan dikontrakan/dibandingkan yang mana perbezaan akan terpaksa samada dituntut semula atau dibayar kepada/oleh kerajaan. Pengguna cuma akan terus MENYERAP kos ini tanpa dapat pulangan semula dari kerajaan dalam bentuk insentif percukaian atau rebat. Jika adapun REBAT yang akan dilaksanakan, adakah ianya terpaksa juga dilalui proses permohonan melalui JKKK(yg kebanyakan AMENO, confirm akan ada diskriminasi pada WARGA MALAYSIA) seperti kebanyakan proses bantuan kerajaan sekarang.
Untuk meningkatkan hasil kerajaan, harus diakui memang GST mampu mencapainya, tetapi bagaimana hendak memastikan supaya YANG KAYA TIDAK TERUS KAYA(tak sedar diri) DAN YANG MISKIN TIDAK TERUS DIHIMPIT KEMISKINAN.
Apakah kerajaan yakin yang mereka boleh memulangkan semula hasil yang diterima melalui GST ini secara TERUS dan TELUS kepada RAKYAT(harus diingat walaupun gaji RM3000 sebulan tapi keluarga yang nak ditanggung 6 orang)?
SARKIS
Wednesday, December 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment