SARKIS

Sunday, August 1, 2010

Najib bersembunyi ketika FDI merudum & LLS didakwa!

Penyakit lepas tangan oleh orang UMNO memang sudah terserlah sejak dari dulu lagi.

Ketua yang penakut dan tidak bijak akan senantiasa cuba melarikan diri dari berhujah dengan orang ramai.

Perkara sebegini telah menjadi lumrah di Malaysia dan akan menjadi pemangkin kepada rakyat yang telah bosan dengan PENAFIAN.

Mulai hari ini, RON 97 tidak akan dijual kepada warga asing(lihat saja berjaya atau tidak nak mengekangnya).

Semalam pula, Ketua SPRM dipetik sebagai berkata akan lepaskan jawatan sekiranya ada aduan yang tidak disiasat dan beliau juga akan cuba MENDAPATKAN anggota kabinet untuk mengisytiharkan harta mereka kepada RAKYAT(bukan untuk tatapan PM sahaja, wa tolong lu, lu tolong gua).

FDI jatuh merudum sebenarnya kerana KETIDAKPERCAYAAN para pelabur luar terhadap SISTEM KEHAKIMAN kita yang mudah diperkotak-katikkan oleh ELITIS PEMERINTAH(dirujuk kepada UMNO-BN). Itu sahaja PUNCA YANG JELAS kerana kalau nak dibandingkan dengan Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam, PRASARANA kita jauh lebih bagus.

Tapi, apa yang nak dikatakan lagi(rujuk lagu XPDC), kita semua masih sebilangan besarnya(orang Melayu)mengharapkan agar semuanya DISUAP-KAN.

Untuk anda berfikir, dan saya telah menyedarinya.(Lebih kurang for me to know for you to find/figure out).

I rest my case AGAIN!!!

No comments: