SARKIS

Tuesday, September 7, 2010

apabila ada segelintir pensyarah institusi latihan menyalahgunakan duit akaun amanah sambil makan gaji buta

pekeliling treasury bil. 2/2005 telah memaklumkan bahawa seseorang tenaga pengajar sesebuah institusi latihan tidak boleh menuntut elaun penceramah sambilan jika kursus tersebut dianjurkan oleh institusi yang membayar gaji pensyarah tersebut.

tetapi kebelakangan ini terlalu banyak tenaga pengajar yang 'pelahap duit kerajaan' mengajar kursus-kursus sambilan di institusi latihan tempat mereka bekerja memohon supaya dibayar elaun sambilan melalui akaun amanah. mana mungkin? sekiranya gaji mereka adalah rm4000 mereka akan boleh menuntut elaun sambilan dari pejabat yang sama sebanyak rm3999...bila kedua ini dicampurkan mereka akan mendapat rm7999 dalam sebulan. INILAH SALAH SATU BENTUK KETIRISAN WANG AWAM yamg sepatutnya tidak berlaku, tetapi berlaku kerana LUPA TANGGUNGJAWAB kepada RAKYAT....sekiranya mereka ingin sangat nak buat duit...pergilah kerja di sektor swasta dan bukannya di sektor awam.

ada pula juga yang waktu pejabat 8-5 melangok tak tentu hala...tapi petang sampai ke malam kemaruk nak mengajar kursus sambilan di pejabat masing2...ingatlah HALAL HARAM

macammana nak kurangkan belanja kerajaan kalau mankookk ayunnnn ni masih ada dalam kerajaan?

bukankah tugas hakiki mereka untuk mengajar di institusi latihan yang menggaji mereka? PERBENDAHARAAN mesti memperhalusi perkara ini sedalam-dalamnya....jangan pula ada yang buat taktik baru seperti pengajar bahasa inggeris institusi A mengajar sambilan di institusi B...manakala pengajar bahasa inggeris institusi B mengajar di institusi A...SEDANGKAN KEDUA-DUANYA ADALAH PENGAJAR BAHASA INGGERIS DI PEJABAT MASING_MASING, kenapa perlu panggil orang luar....inilah cara MEREKA untuk MENGHALALKAN tujuan MERAMPOK duit rakyat

SEKTOR AWAM BUKAN TEMPAT UNTUK JADI MEWAH!!!!!IANYA TEMPAT UNTUK BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT DAN MENJAGA AMANAH RAKYAT!!!

No comments: