SARKIS

Monday, February 11, 2008

Sebelum azalina komen...saya dah komen lama dah

merujuk kepada berita utusan malaysia hari ini saya berkenan sungguh untuk mengulasnya

ini kerana sejak saya memasuki perkhidmatan awam tahun 200x saya telah menegur jabatan kesihatan negeri yang telah banyak kali menganjurkan program bersama masyarakat, dan acapkali alasan yang diberi ialah ' tiada doorgift...tak jalan program...orang ramai tak datang ler nanti".

malang nya bila saya berhubung dengan rakan sejawat saya yang sambung belajar di ireland dan sekarang bertugas dengan salah satu agensi kerajaan di sana...mereka menyatakan program sebegini cuma akan di beri peruntukan yang minima iaitu mengikut jam seperti yang diamalkan di u.s.a.

sedih sungguh apabila dalam tahun 200y dan 200z apabila saya menegur pula jabatan belia dan sukan negeri yang suka sangat beli t-shirt dan kemeja bagi staf mereka untuk setiap program yang mereka anjurkan...bukan ler saya nak cemburu dengan jabatan mereka yang sesuka hati beli baju itu dan ini...cuma tak kena tempat ler bila jbsn ni salah gunakan duit rakyat untuk kepentingan mereka

kenapa bila ada program...staf pun nak kena ader baju baru gak...diorang takde baju kat rumah ker....ader sekali tu saya tegur sehingga mereka terpaksa dapatkan kebenaran khas dari kementerian kewangan...dan kementerian kewangan beri amaran kepada mereka agar perkara ini(pakaian untuk staf) tidak berulang lagi di masa hadapan

tetapi malang sekali lagi...ianya tetap berulang dan dengan cara yang berbeza

jadi tua-puan di luar sana....ingatlah bagi jabatan(ptj-ptj) di luar sana...tak dapat cara A ...cara B korang gunakan betol tak?

korang ni memang tak tau nak berjimat cermat untuk kerajaan... nasib baik orang macam aku ni ada...kalau tak memang takder check & balance langsung ler jawabnya

so beware arrrr

No comments: