SARKIS

Monday, September 28, 2009

PAS Bukit Katil buta dan tuli???




Kenapa isu-isu penyelewengan kuasa mesti didedahkan oleh DAP sahaja?

Kenapa PAS tidak ke depan dalam mendedahkan kes rasuah oleh Ameno di Bukit Katil khususnya?

Contoh penyelewengan seperti yang JELAS terpampang dalam gambar-gambar di atas sepatutnya di'highlight'kan oleh PAS Bukit Katil kerana 'banners' dan 'bunting' jelas digantung berhampiran dengan markas PAS Bukit Katil.

Takkan lah penyelewengan kuasa macam tu 'clear' lagi bersuluh tak boleh nak nampak.

Tak boleh fikir ke?

Tak payahlah Datuk Bandar nak 'glamour'kan diri tapi kena paksa orang lain sponsor? Gaji Datuk sampai RM40k ke sebulan sampai nak buat open house yang 'grand' puluh ribu ni?

Dengar cerita tahun lepas bagi angpow RM5 pada 10000 orang tapi tahun ni kena 'downgrade' kepada RM3 pada 10000 orang jugak? Besarnya gaji nak sedekah banyak-banyak? Hehehe

Sejak bila Datuk Bandar tarafnya sama dengan Menteri sehingga diberikan peruntukan untuk membuat Rumah Terbuka yang 'grand'?

Adakah MBMB memang ada sedia peruntukan khas untuk Datuk Bandar buat 'open house'?

Halalkah orang ramai makan di 'open house' yang mana ada wujud unsur-unsur rasuah?

Sejak bila pula 'open house' seorang Penjawat Awam boleh di'sponsor' oleh SYARIKAT SWASTA?

Adakah Datuk Bandar akan beri imbuhan/balasan kepada SYARIKAT SWASTA yang 'sponsor' Rumah Terbuka nya dengan kontrak perolehan yang lumayan?

Atau adakah kontrak sediada sekarang akan disambung atau pun ditambah lagi?

Apakah selepas ini semua Rumah Terbuka Penjawat Awam boleh ditaja oleh syarikat yang ada kepentingan dengan tempat Penjawat Awam berkhidmat?

Janganlah sebab ahli PAS ada yang mempunyai hubungan keluarga dengan si Salleh maka pekung dia tak payah dihebohkan kepada rakyat?

Tolonglah.....Ubah sikap PAS Bukit Katil.... Jangan dok terperok jer cari isu Pak Ali jer... konco-konco dia pun kena korek jugak.

Jangan dok retorik kat surau jer... kita kena gerak da dekati masyarakat... Arwah Ustaz Fadzil kan da pesan PAS kena dimasyarakatkan...PLEASE

Jangan dok pulaukan Masjid kat depan markas tuh.... sampai bila kita nak dapat undi kalau asik asingkan DIRI

Pemuda PAS Bukit Katil pegilah buat laporan pada SPRM yang si Salleh dah prejudiskan jawatan dia dengan terima 'sponsor' SWASTA untuk 'open house' dia.

Bukti da ada dong...Tunggu in apa lagik!!!!!!!!!!!!!



p/s: teringat Datuk Bandar dulu memang 'above politic' tu sebab pembangkang pun suka... pandai dia cari duit untuk MBMB... by the time this post was made all the banners have been removed...someone have relised it will be a big isssue

No comments: