SARKIS
Monday, September 7, 2009
teknik 'glamor'kan diri guna duit kerajaan>contoh pertama
Inilah contoh terbaik bagaimana nak menghalalkan kakitangan awam makan berbuka puasa dengan duit kerajaan iaitu adakan taklimat keselamatan jalanraya waktu malam. Lepas tu ambil gambar tunjuk kat media.
Dalam bulan Ramadhan ni salah kah kalau buat taklimat tanpa makan minum di siang hari?
Kenapa dalam mentaliti kakitangan awam mesti makan minum pakaian di'sponsor' kerajaan? Hatta nak pegi bercuti dengan keluarga(hari keluarga) pun nak kena 'support' juga oleh kerajaan!
Ketua Jabatan pula janganlah meraih populariti dari staf melalui jalan songsang ini
Janganlah ingat semuanya layak dinikmati korang.
Ingatlah perbuatan korang ni meningkatkan perbelanjaan negara dan bukan membantu RAKYAT secara langsung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
setuju! Setuju sangat-sangat.Mujurlah aku hanya seorang guru cabuk yang tidak berpeluang makan-makan di hotel dalam bulan Ramadan ni. Guru-guru hanya makan besar di hotel ketika jamuan akhir tahun, itupun dengan wang tabungan Majlis guru! Beli hadiah pakai wang sendiri, kemudian bagi ke diri sendiri!
namun penyalahgunaan berlaku juga ketika berkursus. Itu bukan salah guru tetapi kerajaan kerana atas alasan yang kami kurang arif suka benar mengadakan kursus 3 hari di hotel besar, makan, tempat tinggal di hotel semua ditanggung. Sorang mahu RM180 sehari, kalau 150 orang? Darab pula 3 hari? Tu baru sekali kursus. Dalam setahun, ada beratus kursus melibatkan pelbagai cabang mata pelajaran dan urus tadbir. Alangkan membazirnya! Padahal kursus boleh saja dibuat di Pusat sumber negeri atau resort yang lebih kecil. Ataupun di Pejabat Pelajaran Daerah itu sendiri.
Pokoknya wang rakyat dijimatkan dan boleh disalurkan pada fakir miskin.
mr zanie,
jangan marah kalau aku kutuk sikit profesyen guru nih...
untuk pengetahuan kau cikgu lagi parah moralnya bila berada dalam PENTADBIRAN...saudara boleh check dgn SPRM berapa ramai yang dikenakan tatatertib atas salahlaku pengurusan...pencen kena kurang,pangkat kena turun...
patutnya guru ni lah profesyen paling mudah sekali kat malaysia...cukup masa(time-based) naik pangkat...kerja hakiki macam tuh la jugak...
satu lagi cikgu ni kalau boleh semua benda yang dia buat nak dikategorikan sebagai RASMI... tak tau nak bezakan...jadi benda tak rasmi pun dia bantai nak claim urusan RASMI...tapi bkn cikgu je lah...kastam, doktor, jurutera dan ptd pun mcm tu jugak
so harap2 sistem pendidikan kat malaysia dirombak semula supaya tak berlaku PERTINDIHAN
so jgn amik ati bila aku kutuk nie
Post a Comment