SARKIS

Tuesday, February 23, 2010

gst forum tomorrow night at mbsa: what the panelist should look into?

dalam melaksanakan gst di malaysia, perkara pokok yang harus difikirkan adalah: siapa yang paling layak untuk melaksanakannya?

adakah kerajaan merasakan bahawa kastam, lhdn atau kpdnhep yang paling layak untuk membuat penguatkuasaan?

umum mengetahui bahawa di malaysia terdapat banyak isu pertindihan dalam melaksanakan polisi di antara berpuluh kementerian dan agensi yang wujud ketika ini.

sekiranya kastam diberi kuasa untuk menguatkuasakan gst, aku yakin mereka tiada kaliber untuk berbuat demikian. lihat sajalah bagaimana mereka menguatkuasakan 'sales & services tax'(sst)?

bagaimana kutipan 'sst' ini tidak produktif kepada negara sedangkan 'direct tax'(cukai korporat dan individu) sentiasa meningkat setiap tahun dikutip oleh lhdn.

dapatlah kita gambarkan di sini bahawa kelemahan dan tidak efektifnya kastam memungkinkan juga 'gst' tidak akan se'gah' mana perlaksanaannya.

ada ura-ura supaya tugas untuk menyemak akaun gst dilakukan oleh kpdnhep ke atas entiti perniagaan. isunya mampukah mereka melihat kepada 'complexity of creative accounting' ke atas pengelakan cukai seperti lhdn? sama saja jawapannya, kpdnhep juga tidak akan mampu.

kastam dan kpdnhep hanya akan membebankan rakyat kerana mereka akan memerlukan lebih latihan untuk dimahirkan dengan apa yang berlaku di dunia perniagaan.

berbeza pula dengan lhdn yang mana tidak perlu banyak latihan kerana mereka telah melaksanakan 'field audit' di bawah 'self-assessment system'. jika lhdn diberi kuasa untuk mengutip 'indirect tax'(eventually will become direct tax because all consumer are taxed) aku yakin gst mungkin akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

satu lagi perkara pokok yang perlu dilihat oleh kerajaan adalah bagaimana untuk memastikan 'value added process' tidak dikenakan gst?

sebagai contoh pengilang akan memproses gula sehingga siap dibungkus. gula mentah adalah input manakala gula yang siap dibungkus adalah output. input pengilang semestinya akan dikenakan gst oleh pembekal gula mentah dan output pula akan dikenakan gst kepada pemborong. apabila pemborong mendapat input dari pengilang(bersama kenaan gst), adakah pemborong akan tidak mengenakan gst kepada peruncit kerana input pemborong adalah juga output pemborong(gula dah siap bungkus dari pengilang, pemborong tidak perlu proses lagi gula tersebut)?

ini adalah antara dua perkara pokok yang aku fikir adalah besar perlu dilihat oleh panel forum gst di mbsa malam ini. janganlah kita asyik ingat hendak bercerita implikasi yang buruk sahaja tanpa menambahkan kaedah untuk menambahbaik bagaimana 'sesuatu perkara' itu harus dilakukan.

antara implikasi yang lain adalah:
1. pengguna akan serap terus gst tanpa dapat rebat(set-off) macam peniaga
2. manipulasi harga akan berlaku di mana harga akan meningkat
3. rakyat terbeban kerana harga barang naik
4. perkembangan sektor perakaunan kerana untuk claim gst, set perakaunan entiti perniagaan mesti 'tip-top'
5. rasuah akan meningkat kerana 'penguatkuasa' gst bodoh pasal akaun(kalau kastam dan kpdnhep yang kuatkuasa)
6. insya-allah BN akan jatuh pru-13

No comments: