SARKIS

Tuesday, February 9, 2010

sekadar renungan....pertemuan di istana mencukupi untuk menyatakan tiada sokongan...bagaimana pula dengan sidang dun di bawah pokok....hmm...kompius

yang ditebalkan merah perlu diberi perhatian, yang ditebalkan hijau....cuma kemusykilan aku je....loyar buruk kat luar ni tak payah tolong jawabkan....hehehe


Zambry kekal Menteri Besar Perak- Berita Harian Online



PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Mahkamah Persekutuan antara lain menyatakan proses undi tidak percaya tidak semestinya dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Zambry sudah mendapat kepercayaan 31 daripada 59 Adun seperti yang dinyatakan kepada Sultan Perak dalam satu pertemuan. (pertemuan ni kalau tak silap aku kat ISTANA....so apa citer Sidang DUN bawah pokok....tak berbeza ke...sebab dua-dua kat luar Dewan kan?)



Mahkamah juga memutuskan Nizar mengetahui beliau hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semasa menghadap Sultan Perak dan perlu melepaskan jawatan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lalu setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.

Rayuan itu dibuat Mohammad Nizar dalam cubaan terakhirnya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 4 Februari 2009 menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu melepaskan jawatan selepas mendapati beliau tidak memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri. (bila Nizar tak dapat majoriti dalam DUN? kat ISTANA ke?)

Pada Mei tahun lalu, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.

No comments: