Itulah persoalannya(NS version).... Tiap tahun lebih 500,000 orang pelajar akan menemui persimpangan jalan selepas mengetahui keputusan SPM mereka.
Satu dari lima (1/5) akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, sepuluh peratus(10%) dari baki 4/5 pula akan cuba mendapatkan sijil kemahiran daripada institut yang disediakan kerajaan dan selebihnya akan terus bergantung hidup dengan mak bapak(until their parents died).
Mereka yang tercicir ini jika tidak disediakan peluang pekerjaan akan melarat mengundang masalah sosial seperti mat rempit, bohsia, seks bebas, kongsi gelap dan berbagai lagi aktiviti yang haram di sisi agama dan undang-undang negara.
Maka apa tindakan kita untuk memastikan perkara ini dapat diminimumkan seberapa kecil yang boleh. Tentunya kebergantungan negara kita terhadap buruh asing mesti diubah dengan segera.
Majikan di Malaysia hendaklah bersedia memberi peluang kepada mereka untuk bekerja di sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan. Undang-undang tentang keselamatan pekerjaan mestilah dikuatkuasakan dengan ketat oleh pemerintah supaya majikan tidak boleh 'lepas tangan' seperti apa yang telah terjadi kepada buruh asing. Majikan wajib mengutamakan rakyat tempatan dalam mengambil pekerja dan jangan terlampau memikirkan tentang keuntungan semata-mata(corporate social resposibility lah kononnya).
Kerajaan pula mesti ubah dasar buruh asing negara kita. Kini, kita telah membelanjakan beratus juta ringgit setahun untuk menangani masalah buruh asing ini. Belanja terhadap depot PATI, operasi tangkapan, masalah jenayah dan pengaliran dana ke luar negara.
Marilah bersama kita mendesak kerajaan sediada untuk memikirkan tentang nasib rakyat dan generasi masa akan datang kerana gelombang globalisasi semakin menghimpit kehidupan kita dari hari ke sehari. Satu cara nak ubah dasar adalah dengan mengubah pemimpin pada pilihanraya akan datang....
Apo laie yang den nak kato....cast U Must Never Object out of the game
Sokian la adonyo
SARKIS
Friday, December 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment