Tuan-tuan & Puan-puan,
Saya amat berharap agar tuan puan tidak bertindak melulu mengikut arahan ahli politik yang berkuasa di negeri sekarang.
Patuhilah undang-undang dan prosedur sediada untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Jangan terlampau "creative" guna 'pintu belakang' untuk melaksanakan projek "berkepentingan tersirat".
Jangan dibazirkan wang rakyat pada perkara yang berfaedah kepada "golongan elitputra tertentu" sahaja.
Tiada apa yang perlu ditakuti jika tuan-puan mematuhi peraturan yang telah sediada untuk PEROLEHAN KERAJAAN.
Sebutharga dan tender , laksanakan dengan telus tanpa perlu menunggu 'wahyu' dari "CM" ataupun "EXCO".
Akhir sekali, ingatlah kepada Tuhan. Sebab kalau ingat kat Tuhan tiada kita bersubahat dengan unsur-unsur rasuah dan penipuan.
SARKIS
Tuesday, December 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment