SARKIS

Monday, December 17, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Teringat saya pada ceramah di surau pada zaman kanak-kanak. Ceramah tentang bagaimana 'korban' yang kita buat akan bantu kita melintas ke arah syurga.

Hari ini, bila dikenang semula... saya lihat ahli DUN & Parlimen, Jabatan-jabatan kerajaan yang tersasar halatuju dalam membantu parti yang memerintah yang diberi peruntukan untuk berkorban.

Terfikir saya mereka ini mendapat nama di kalangan rakyat kerana ber'korban' sedangkan yang digunakan adalah wang rakyat... maka 'korban' ini akan melintas untuk 'siapa' persoalannya?

Sekarang tibalah masa kita fikirkan 'korban' jenis apa yang akan membantu kita 'kelak'? Dalam kita ghairah melapah dan menerima, pernahkah kita terfikir perbuatan kita itu sekadar pekerjaan bergotong royong tanpa kita sedari... bukannya saya anti bergotong-royong.

Tapi RENUNG-RENUNGkanlah.

Selamat berkorban dengan wang titik peluh sendiri(punca yang halal saja tentunya).


UPDATES from MUFTI PERAK office.

Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Terlebih dahulu pihak kami memohon maaf di atas kelewatan membalas emailtuan.
Merujuk soalan tuan, tidak sah melakukan ibadah korban bagi pihak orang lain yang masih hidup tanpa keizinannya. Begitu juga bagi pihak simati jika tiada wasiat daripadanya.
Namun begitu, daging tersebut boleh dimakandan tidak menjadi haram jika dimakan, cuma tidak menepati konsep ibadah korban yang sebenar.Diharap jawapan ini dapat membantu tuan.
Sekian,
Saya yang menjalankan tugas,
Fatimah bt. Ayoub
Pen. Peg. Hal Ehwal Islam
Jab. Mufti Negeri Perak

No comments: